Total Pageviews

Tuesday, July 23, 2013

Pilihan pakaian di Aidilfitri

Jangan risau jika anda terlalu menonjol atau kelihatan ketinggalan zaman kerana jika anda tahu menggayakannya, anda juga pasti kelihatan cantik seperti perempuan berbaju kurung. Di sini, kami berikan tips baju yang tidak sesuai dipakai sewaktu menziarahi sanak saudara di hari raya:

1) Walaupun anda berasa selesa dengan pakaian singkat, baju tanpa lengan dan mini skirt, anda seharusnya menghormati tuan rumah. Pakailah baju yang sopan dan menutup bahagian-bahagian tertentu dengan lebih konservatif

2) Memakai pakaian yang jarang juga merupakan pakaian yang perlu dielakkan selain memakai pakaian yang terdedah. Memang banyak pilihan baju jenis sifon yang jarang dan 'transparent' di luar sana namun pastikan anda memakai 'inner' atau baju di dalam untuk mengelakkan gaya kurang sopan.

3) Elakkan daripada terlalu menonjol atau radikal. Memanglah stoking jarang dan beberapa lagi pelengkap gaya kelihatan sangat cantik di dalam majalah namun anda pasti akan kelihatan terlampau sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka.

4) Gaya solekan juga perlulah ringkas. Elakkan daripada memakai pembayang mata berwarna gelap bersama dengan celak dan maskara tebal.

5) Sewaktu memilih warna dan fabrik pakaian, pilihlah jenis fabrik dan warna yang sesuai dengan keadaan cuaca. Elakkan pakaian yang mudah membuatkan kita berpeluh dan nampak berpeluh serta mudah berkedut.

No comments: