Total Pageviews

Saturday, June 01, 2013

LELAKI YANG SEJATI.....Hehehehe


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…


Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

Khas Untuk Wanita - 50 Tips Pikat Lelaki


Tidak Salah Kalau Wanita Mulakan Langkah.....


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Cara menggayakan pakaian putih

Putih Itu Bersih, Suci & Murni, korang minat pakai baju putih??? Jom baca entri nie........

Warna putih adalah warna yang tidak lapuk dek zaman. Jika anda bijak menggayakan pakaian warna putih, pelaburan membeli pakaian warna putih memang sangat berbaloi walaupun dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi.

Namun tidak ramai yang berani memakai putih kerana ia mudah kotor, selain ramai yang risau memakai putih akan menggandakan bentuk badan. 

Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda menggayakan pakaian berwarna putih ini. Jika anda bika menyuai pada tentu tak jadi masalah. 

1. Bagi anda yang memiliki pinggang yang lebar, cuba gayakan jaket putih dan padankan dengan tali pinggang yang berona gelap. Elakkan memilih gaun pendek yang mengikut bentuk badan. 
2. Bagi menampakkan peha kita kecil, elakkan memakai seluar atau denim putih, sebaliknya pilih gaun berpotongan A-Line, sama ada labuh atau pendek. 
3. Jika anda dikurniakan dada yang besar, cuba elakkan menggayakan helaian putih polos yang ketat, tapi cuba pilih yang mempunyai perincian di dada seperti ropol atau jurai untuk menyembunyikan saiz sebenar dada anda. 
4. Sekiranya anda bertubuh kecil, cuba suai padan berlapis seperti kemeja putih bersama jaket trench yang berona sama. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

14 imunisasi wajib untuk anak - Khas untuk Ibu Bapa

Khas Untuk Ibu Bapa.....Ini Penting!!! 

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak. 

Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.
 
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.
 
Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.
 
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).
 
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq). 

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada: 
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok. 
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
 
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
 
HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 


Sumber: www.MeetDoctor.com
Disemak oleh Dr. Vinny Yoanna  

Mandian baik untuk kesihatan


Mandi pada setiap pagi dan petang sememangnya menjadi rutian harian kita, tetapi sejauh manakah mandi itu mampu memberikan terapi terhadap kesihatan anda?

Kami ingin berkongsi beberapa jenis mandian serta kebaikannya dan mungkin selepas ini anda boleh mempraktikannya dalam kehidupan seharian anda.

MANDI AROMATERAPI 

Mandian aromaterapi adalah mandi yang menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengan rempah-ratus tradisional yang sudah diperap khas. Kebaikan mandian ini adalah ia dapat meningkatkan sistem peredaran darah, merehatkan otot-otot badan serta meredakan tekanan.

Jom Mandi Untuk Menjaga Kesihatan, Siapa xsuka MANDI tu mmg KAMBING!!! hahahah 

MANDI AIR PANAS

Mandi dengan menggunakan air panas sebenarnya mampu membantu menyahkan toksin daripada tubuh badan anda. Malah ia juga mampu menurunkan kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot serta menjaga usus besar. Satu kajian di Jepun menunjukkan jika seseorang berendam di dalam air panas selama sepuluh minit, ia dapat membaiki jantung terutamanya sekali untuk lelaki.

MANDI GARAM
Mandi garam adalah cara untuk merasai kesegaran dengan merangsang semula organ dalam badan yang kehilangan tenaga. Ia mampu merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh. Mandi garam turut dapat melancarkan peredaran darah dan merawat tumit kaki yang merekah.

MANDI WAP

Mandi wap bukan sahaja mampu menyegarkan kita, malah turut memberikan kesan yang baik untuk sistem kadiovaskular. Selain itu, mandi wap juga dapat mencairkan darah, mengembangkan urat saraf serta melegakan otot-otot.