Total Pageviews

Tuesday, October 29, 2013

Pakej Fotografi Murah 2014

Kepada semua tercari - cari Pakej Fotografi Murah 2014 - Boleh la try2 check pakej yang saya update nie..
Pakej dari RM699** untuk majlis perkahwinan anda ;) murah bukan?? Jom booking sementara slot masih lagi kosong sepanjang 2014 ;) Jangan lepaskan peluang pakej fotografi mampu milik untuk semua bakal pengantin ;)



Jom Like Pages Kerusi Hijau Photography : https://www.facebook.com/KerusiHijauPhotographyKL

Monday, October 21, 2013

Comel Kuih Tiram Door Gift

Yeahhhhh Yeeee Haaaaa Ya Ba Da Be Du......

Tak Abes lagi nk update Blog ;) kepada semua client / customer yang masih lagi mencari pembuat/ pembekal/ pengeluar KUIH TIRAM yang FAMOUS masa raya hari itu....yang job letup2 (hamboi riak la pulak) marketing strategi nie..hahahah...Just nk inform yang pembuat adalah saya ;) Alhamdulilah masa raya Aidil Fitri yang lepas order almost 400 box (semua 1kg) bernanah gak la wat siap beli mesin HEAVY DUTY untuk buat doh....Alhamdulilah rezeki (Bil Elektrik pun naik mendadak) hahaha tapi SYUKUR rezeki raya - berjalan la juga sampai SARAWAK (balik kg suami kat SABAH) heheheheh

So lepas2 raya nie projek KUIH TIRAM still on ;) alhamdulilah ramai gak yang order (kalau dah baca nie jangan lupa LIKE PAGES kat FB - https://www.facebook.com/pages/JH-Homemade-Kuih-Tiram-Lidah-Buaya atau search JH Homemade Kuih Tiram Lidah Buaya) jangan lupa LIKE....hehehehe

Latest information untuk KUIH TIRAM : -

1. Sekarang kami ada jual 1/2 kg (semua jenis Flavor) - MILO NESTUM SUSU GULA

gambar ini 1kg (banyak x)

2. Sekarang kami ada jual "COMEL DOOR GIFT" Kuih Tiram harga RM1 satu (min order 50 packet) - sesuai bagi door gift semua jenis majlis ;) alhamdulilah - bulan 12 nie dah ada job order untuk Wedding (800 paket hingga 1500 paket) Alhamdulilah - ada juga rezeki ;)

Kuih Tiram kami buat confirm sedap + rangup sebab x kedekut bahan....buat mcm nk makan sendiri - customer pun puas ;)



Comel kan??

Kepada semua Client yang nk order untuk MAJLIS KAHWIN sila inform awal (deposit 1/2 dari order) baki kami collect masa deliver Door Gift ;) Kalau nk whatapp blh contact 016-640 7505

Sekian

Lovey Dovey Pavlova By Jude

Salam Isnin Semu......


Now update pasal PAVLOVA lagi! hahahaha alhamdulilah hari2 ada order dari 1 box smpai la 10 box sehari...syukur sangat..boleh wat duit banje hari2....customer pun ramai yang repeat order...Alhamdulilah Syukur Ya Allah...semoga rezeki kian bertambah Amin

P/S : Now i pakai strawberry + Kiwi sahaja ya - no more anggur tau ;)




Thank You To All Customer yang sudi order from LOVEY DOVEY PAVLOVA ;)

kepada client semua, kalau nk add FB boleh add me ;) https://www.facebook.com/peachfizapijot

Tuesday, October 01, 2013

"JOM KAHWIN" EDISI 2 - SHAH ALAM CONVENTION CENTRE 2013

Dear friends,
"LOVE A BUNCH" is participating the JOM KAHWIN EXHIBITION on 11-13 October 2013, 
Friday - Sunday at Shah Alam Convention Centre 

from 10am - 9pm







Welcome to visit our booth (A26) to make your Memorable Dream Wedding come true and get away with our special promotion package!


NEW FLAVA - PAVLOVA CORNETTOLICIOUS BY JUDE

Hello World - Hows da day?? Im bit busy with my office work!

Tired and not really happy at this moment!!!

HERE I like to SHARE my new PAVLOVA FLAVA - CORNETTOLICIOUS!!!!
The TASTE EXACTLY SAME LIKE CORNETTO ICE CREAM - dont believe it??? Order NOW!!!

Drop me an order :- 0166407505 (whatapp/wechat)


RM35 - 12 Cups (S Size)
RM50 - 12 cups (M Size)
RM80 - 12 cups (L Size)















Wednesday, September 25, 2013

PAVLOVA LOVA BY JUDE

HELLO WORLD!! PAVLOVA LOVA BY JUDE IS BACK!!! 

ALHAMDULILAH cos masih ada yang order - dah lama x buat...ngeri pun ada tapi ALHAMDULILAH jadi gak...almaklum dah lama gak x buat PAVLOVA LOVA.....SIAPA YANG NAK ORDER BOLEH PM/ WHAT APP ME AT 016 - 640 7505 


 BESAR 8" RM80 1 LAYER / 2 LAYER RM140.00
BESAR 10" RM100 1 LAYER / 2 LAYER RM160



MINI PAVLOVA LOVA BY JUDE 
each box 4 pcs
L Saiz  RM20.00


4 PCS EACH BOX


PAVLOVA LOVA BY JUDE sangat disenangi ramai sebab xmanis sangat sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat......

Lebihkan Manis Dalam Senyuman Kurangkan Manis Dalam Makanan Nanti Potong Kaki ;)

Monday, September 23, 2013

MONDAY BLUES SANGAT la kan??

Hello U olls....Happy MONDAY ;)

Hows your day??? huhuhuhu jangan nak blues sangat laaaaaaaa kannnnnnnnn - i xpaham dengan orang2 yang layan sangat MONDAY BLUES nie....pastu bila tanye senyap..woi ko pekak ke?? ke ko bisu xreti nk jawab balik?? ape jenis manusia la ko nie kan?? pelik aku dengan perangai manusia dalam OFFICE nie....
bila kita tanye dia kata kita sensitive..puihhh...xkuasa aku..orang bagitau la gila...

Susah sangat nk jawab salam or wish morning balik...berat sangat mulut ada berlian?? puihhhhh

~ BOSAN DENGAN PERANGAI MANUSIA SEKARANG ~

Tuesday, July 23, 2013

Pilihan pakaian di Aidilfitri

Jangan risau jika anda terlalu menonjol atau kelihatan ketinggalan zaman kerana jika anda tahu menggayakannya, anda juga pasti kelihatan cantik seperti perempuan berbaju kurung. Di sini, kami berikan tips baju yang tidak sesuai dipakai sewaktu menziarahi sanak saudara di hari raya:

1) Walaupun anda berasa selesa dengan pakaian singkat, baju tanpa lengan dan mini skirt, anda seharusnya menghormati tuan rumah. Pakailah baju yang sopan dan menutup bahagian-bahagian tertentu dengan lebih konservatif

2) Memakai pakaian yang jarang juga merupakan pakaian yang perlu dielakkan selain memakai pakaian yang terdedah. Memang banyak pilihan baju jenis sifon yang jarang dan 'transparent' di luar sana namun pastikan anda memakai 'inner' atau baju di dalam untuk mengelakkan gaya kurang sopan.

3) Elakkan daripada terlalu menonjol atau radikal. Memanglah stoking jarang dan beberapa lagi pelengkap gaya kelihatan sangat cantik di dalam majalah namun anda pasti akan kelihatan terlampau sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka.

4) Gaya solekan juga perlulah ringkas. Elakkan daripada memakai pembayang mata berwarna gelap bersama dengan celak dan maskara tebal.

5) Sewaktu memilih warna dan fabrik pakaian, pilihlah jenis fabrik dan warna yang sesuai dengan keadaan cuaca. Elakkan pakaian yang mudah membuatkan kita berpeluh dan nampak berpeluh serta mudah berkedut.

Petua untuk sentiasa tampak jelita

 Siapa Nak Cantik angkat Kaki!!! Cantik sangat sinonim dengan WANITA....Jom try!!

MATA

Timun menyegarkan mata
Timun mengandungi air yang mampu membuatkan mata yang letih kembali segar. Caranya, potong timun yang disimpan di dalam peti ais dan letakkan pada mata sebelum tidur. Elakkan memotong terlebih dahulu sebelum di simpan. Ini akan membuatkan timun itu kering.

Uncang teh atasi keletihan mata
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom.

Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu, petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria Secret.

RAMBUT

Cuka untuk rambut sihat
Bunyinya agak pelik, namun ia berkesan. Apa yang anda perlu buat, bilas rambut anda dengan cuka selepas bersyampu. Anda tidak perlulah melakukannya setiap hari. Cukup sekadar seminggu sekali ya.

Vaseline atasi rambut mengerbang
Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa Vaseline amat bagus untuk kulit. Namun pernahkah anda mendengar Vaseline digunakan untuk mengatasi rambut mengerbang? Cuba lah, siapa tahu mungkin berhasil.

Sos Tomato untuk rambut berwarna
Pernahkah anda ke salun untuk mewarnakan rambut tetapi hasilnya kurang memuaskan dan anda perlu ke salun selepas 3 hari untuk membetulkan kembali warnanya. Leceh bukan? Ada pihak mendakwa, dengan melumurkan sos tomato selama 30 minit ke rambut anda boleh memiliki kembali warna rambut itu. Petua ini juga pernah di amalkan oleh Siena Miller.

KAKI

Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking.

Cukur bulu kaki dengan perapi rambut
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas bercukur.

Pedicure ikan
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini mengigit ya.

ANGGOTA BADAN YANG LAIN

Soda bikarbonat untuk gigi putih
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih.

Gincu sebagai pemerah pipi
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan.

Mandi air sejuk untuk payudara tegang
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan juga.

Selamat mencuba!

Tuesday, July 16, 2013

Senarai Buffet Ramadhan 2013 - Kuala Lumpur


Senarai Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur 2013

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
183 Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2719 8666
Price @ Polside: RM75.00++ (Dewasa)
Price @ 4th floor: RM65.00++ (Dewasa)

Hotel Maya Kuala Lumpur
138, Jalan Ampang,
Reservations: 03 2711 8866
Price: RM116 (Dewasa) RM70 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur
No.3, Jalan Jambu Mawar, Off Jalan Kepong
Reservations: 03 6259 4422
Price: RM68 + (Dewasa) RM28 + (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Berjaya Times Square Hotel
1 Jalan Imbi
Reservations: 03 2117 8000
Price: RM98 ++ (Dewasa) RM49 ++ (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Kuala Lumpur Convention Centre
Kuala Lumpur City Centre
Reservations: 03 2333 2866
Price: RM127.20 nett (Dewasa) RM63.60 nett (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Cititel Mid Valley
Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur
Reservations: 03 2296 1188
Price: 12 – 14 July 2013 RM60 ++ (Dewasa) RM30 ++ (Kanak-kanak)
Price: 15 – 31 July 2013 RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak)
Price: 1 – 6 August 2013 RM60 ++ (Dewasa) RM30 ++ (Kanak-kanak)

Dorsett Regency Kuala Lumpur
172 Jalan Imbi
Reservations: 03 2716 1000
Price: RM80 ++ (Dewasa)

Dynasty Hotel Kuala Lumpur
218 Jalan Ipoh
Reservations: 03 4043 7777
Price: RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
No 72 Jalan Pahang
Reservations: 03 2697 8888
Price: RM79++

GTower Hotel @ Rajang
199, Jalan Tun Razak
Reservations: 03 2168 1919
Price: RM90++

Kuala Lumpur International Hotel
Lorong Haji Hussein, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz
Reservations: 03 2697 8833
Price: RM50++ (Dewasa) RM25++ (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre
Reservations: 03 2380 8888
Price: RM138++ (Dewasa) RM69++ (Kanak-kanak 4 – 12 tahun)

Midah Hotel
No.8 Jalan Kampong Attap
Reservations: 03 2273 9999
Price: RM60 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 6 – 12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas)

Peninsula Residence All Suite Hotel
10, Jalan Semantan, Bukit Damansara
Reservations: 03 2084 1515
Price: RM38 nett (Dewasa) RM23 nett (Kanak-kanak)

Hotel Sri Petaling
30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling
Reservations: 03 9058 2323
Price: RM68++ (Dewasa) RM38++ nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun dan warga emas)

Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu
Reservations: 03 2141 3333
Price: Minggu pertama dan keempat RM70 ++ (Dewasa) RM35 ++ (Kanak-kanak/Warga emas)
Price: Minggu kedua dan ketiga RM80 ++ (Dewasa) RM40 ++ (Kanak-kanak/Warga emas)

PNB Darby Park Executive Suites @ 10Binjai
10 Jalan Binjai
Reservations: 03 7490 3838
Price: RM79++ (Dewasa)

PNB Darby Park Executive Suites @ The 39 Restaurant
10 Jalan Binjai
Reservations: 03 7490 3939
Price: RM99++ (Dewasa)

Hotel Royal Kuala Lumpur @ Makan Coffee House
Jalan Walter Grenier
Reservations: 03 2148 6888 ext 2855
Price: RM69++ (Dewasa)

Vistana Hotel Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh
Reservations: 03 4042 8000
Price: RM55 (Dewasa)

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Jalan Putra
Reservations: 03 4042 5555
Price: 11 July – 13 July: RM80 nett
Price: 14 July – 3 August: RM98 nett
Price: 4 August – 6 August: RM80 nett

StarPoints Hotel
149 Jalan Masjid India
Reservations: 03 2698 1866
Price: RM60 nett (Dewasa) RM30 nett (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)

Sunway Putra Hotel
100 Jalan Putra Kuala Lumpur
Reservations: 03 4042 9888
Price: RM88++ (Dewasa) RM44++ (Kanak-kanak)

The Royale Chulan Kuala Lumpur
5 Jalan Conlay
Reservations: 03 2688 9729
Price: RM108++ (Dewasa) RM44++ (Kanak-kanak)
Promotion Price: RM90 nett dari 8 hingga 13 Julai 2013 dan 3 hingga 7 Ogos 2013

The Royale Bintang Kuala Lumpur
Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2688 9729
Price: RM75++ (Dewasa) RM37++ (Kanak-kanak dari 6 – 12 tahun dan warga emas)

The Westin Kuala Lumpur
199, Jalan Bukit Bintang
Reservations: 03 2731 8333
Price: RM128++ (Dewasa) RM64++ (Kanak-kanak)

Hotel Istana Kuala Lumpur
73 Jalan Raja Chulan
Reservations: 03 2141 9988
Price: Minggu pertama RM88.00++ (Dewasa)
Price: Minggu kedua dan ketiga RM120.00++ (Dewasa)
Price: Minggu keempat RM88.00++ (Dewasa)

Dewan Perdana Felda
Jalan Maktab
Reservations: 03 2698 8302
Price: RM75 nett (Dewasa) RM46 nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Felda Villa
Jalan Maktab
Reservations: 03 2692 5397
Price: RM62 nett (Dewasa) RM37 nett (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Bora Ombak
Persiaran Mamanda 1
Reservations: 03 4251 6303
Price: RM45+ (Dewasa) RM35+ (Kanak-kanak)

Istana Bambu Restaurant
Jalan Hulu Kelang – Ampang
Reservations: 03 4251 4717
Price: RM48 (Dewasa) RM24 (Kanak-kanak 5 – 12 tahun)

Cyberview Resort & Spa
Persiaran Multimedia, Cyberjaya Selangor
Reservations: 03 8312 7015
Price: RM108 nett(Dewasa)

Concorde Hotel Shah Alam @ Melting Pot Cafe
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM89++ (Dewasa) RM44.50++ (Kanak-kanak)

Concorde Hotel Shah Alam @ Grand Ballroom
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam, Selangor
Reservations: 03 5512 2200
Price: RM75++ (Dewasa) RM37.50++ (Kanak-kanak)

Eastin Hotel Petaling Jaya
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya
Reservations: 03 7665 1111
Price: RM98++ (Dewasa) RM49++ (Kanak-kanak)

Flamingo Hotel by the lake Kuala Lumpur
5, Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang
Reservations: 03 4256 3288
Price: RM75 nett (Dewasa) RM40 nett (Kanak-kanak)

The Saujana Hotel Kuala Lumpur
Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS
Reservations: 03 7843 1234
Price: RM105++ (Dewasa)



Thursday, July 04, 2013

Metallica live in Malaysia - Stadium Merdeka

Yehaaaaaa! Metallica live in Malaysia on August 21 at Stadium Merdeka.



Tickets for this show go on sale at 11:30 am local time on Saturday, July 6 at Fahrenheit 88 Shopping Mall in Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Look for the Galaxy Ticket Booth located on the Ground Floor near the Information Counter in the Concourse area of the Mall. For more information check out www.galaxy.com.my. Online ticket sales will begin on Monday, July 8 at 10:00 am local time atwww.ticketcharge.com.my and www.galaxy.com.my.


Wednesday, July 03, 2013

HomeMade Kuih Tiram By Jude (Lidah Buaya)

Salam 1 Malaysia,

Selamat Pagi semua viewer BLOG saya ;)


Opssss Ramadhan xlama lagi la....U olls dah ganti puasa ke belum?? sempat lagi nie nk ganti puasa....
Ramadhan nk tiba means RAYA pun semakin menghampiri umat ISLAM seluruh DUNIA ;)

Sempena HARI RAYA nie,  i ada menjual KUIH TIRAM PELBAGAI PERISA u olls!!! Selalu kita makan Icing Sugar je kan?? Now dh ada MILO - NESTUM - SUSU ermmmmmm sedapkan??? Harga pun berpatutan u olss! Almaklum la MILO + SUSU + NESTUM even GULA pun bkn murah2 zaman skrg nie...Kire Kuih Tiram i nie pakej mampu beli gitu....... :)

JOM USHA HOME MADE KUIH TIRAM BY JUDE (Sendiri Buat okehhh) Resipi Keluarga



MILO

NESTUM

SUSU

ICING

4 PERISA TERBAIK

SUPER YUMMY!!!

1KG PER BOX

SESIAPA YANG BERMINAT NK TEMPAH UNTUK RAYA ATAU NAK MAKAN SEBELUM RAYA NIE BOLEH CALL 036178 3125 (HOMEMADEKUIHTIRAMHQ)

HARGA SEKILO (SEBEKAS) 

MILO RM25
SUSU RM25
NESTUM RM20
ICING RM15

UNTUK PENGHANTARAN - MINIMUM ORDER RM50
(CAJ PENGHANTARAN DIKENAKAN MENGIKUT KAWASAN)

fb https://www.facebook.com/peachfizapijot

Saturday, June 01, 2013

LELAKI YANG SEJATI.....Hehehehe


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…


Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

Khas Untuk Wanita - 50 Tips Pikat Lelaki


Tidak Salah Kalau Wanita Mulakan Langkah.....


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk â€Ëœplanâۉ„¢ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan â€Ëœdiaâۉ„¢ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu â€Ëœexcitedâۉ„¢ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap â€Ëœkelakianâۉ„¢ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan â€Ëœperfectâۉ„¢.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Cara menggayakan pakaian putih

Putih Itu Bersih, Suci & Murni, korang minat pakai baju putih??? Jom baca entri nie........

Warna putih adalah warna yang tidak lapuk dek zaman. Jika anda bijak menggayakan pakaian warna putih, pelaburan membeli pakaian warna putih memang sangat berbaloi walaupun dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi.

Namun tidak ramai yang berani memakai putih kerana ia mudah kotor, selain ramai yang risau memakai putih akan menggandakan bentuk badan. 

Oleh itu, kami ingin berkongsi beberapa tips untuk anda menggayakan pakaian berwarna putih ini. Jika anda bika menyuai pada tentu tak jadi masalah. 

1. Bagi anda yang memiliki pinggang yang lebar, cuba gayakan jaket putih dan padankan dengan tali pinggang yang berona gelap. Elakkan memilih gaun pendek yang mengikut bentuk badan. 
2. Bagi menampakkan peha kita kecil, elakkan memakai seluar atau denim putih, sebaliknya pilih gaun berpotongan A-Line, sama ada labuh atau pendek. 
3. Jika anda dikurniakan dada yang besar, cuba elakkan menggayakan helaian putih polos yang ketat, tapi cuba pilih yang mempunyai perincian di dada seperti ropol atau jurai untuk menyembunyikan saiz sebenar dada anda. 
4. Sekiranya anda bertubuh kecil, cuba suai padan berlapis seperti kemeja putih bersama jaket trench yang berona sama. 

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

14 imunisasi wajib untuk anak - Khas untuk Ibu Bapa

Khas Untuk Ibu Bapa.....Ini Penting!!! 

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak. 

Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.
 
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.
 
Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.
 
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).
 
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq). 

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada: 
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok. 
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
 
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
 
HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 


Sumber: www.MeetDoctor.com
Disemak oleh Dr. Vinny Yoanna