Siapa Nak Cantik angkat Kaki!!! Cantik sangat sinonim dengan WANITA....Jom try!!
MATA
Timun menyegarkan mata
Timun mengandungi air yang mampu membuatkan mata yang letih kembali
segar. Caranya, potong timun yang disimpan di dalam peti ais dan
letakkan pada mata sebelum tidur. Elakkan memotong terlebih dahulu
sebelum di simpan. Ini akan membuatkan timun itu kering.
Uncang teh atasi keletihan mata
Jangan buang uncang teh yang sudah dipakai. Letakkannya di mata terlebih
dahulu selama 10 minit untuk mengatasi keletihan mata. Petua ini jarang
kita dengar. Namun, ia agak popular di kalangan wanita United Kingdom.
Sudu sejuk mengurangkan bengkak pada mata
Anda cuma perlu sejukkan sudu besi semalam. Keesokan pagi letakkan sudu
sejuk tersebut di kelopak mata sebelum anda bersolek. Kesannya, bengkak
pada bawah mata anda tidak jelas kelihatan. Kalau anda hendak tahu,
petua ini juga di amalkan oleh Miranda Kerr, model popular Victoria
Secret.
RAMBUT
Cuka untuk rambut sihat
Bunyinya agak pelik, namun ia berkesan. Apa yang anda perlu buat, bilas
rambut anda dengan cuka selepas bersyampu. Anda tidak perlulah
melakukannya setiap hari. Cukup sekadar seminggu sekali ya.
Vaseline atasi rambut mengerbang
Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa Vaseline amat bagus untuk
kulit. Namun pernahkah anda mendengar Vaseline digunakan untuk mengatasi
rambut mengerbang? Cuba lah, siapa tahu mungkin berhasil.
Sos Tomato untuk rambut berwarna
Pernahkah anda ke salun untuk mewarnakan rambut tetapi hasilnya kurang
memuaskan dan anda perlu ke salun selepas 3 hari untuk membetulkan
kembali warnanya. Leceh bukan? Ada pihak mendakwa, dengan melumurkan sos
tomato selama 30 minit ke rambut anda boleh memiliki kembali warna
rambut itu. Petua ini juga pernah di amalkan oleh Siena Miller.
KAKI
Pakai stoking ketika tidur untuk kaki licin
Sebelum tidur, sapukan krim pelembap pada kaki dan tidur menggunakan stoking.
Cukur bulu kaki dengan perapi rambut
Jika anda alergi dengan produk pencukur tertentu, perapi rambut mungkin
berkesan untuk anda yang sering mengalami kegatalan kulit kaki selepas
bercukur.
Pedicure ikan
Anda boleh mendapatkan khidmat ini di kedai refleksologi yang ada
menawarkan rawatan kaki. Ikan – ikan kecil ini akan memakan sel-sel mati
pada kaki anda. Cuma anda perlu tahan rasa geli ketika ikan – ikan ini
mengigit ya.
ANGGOTA BADAN YANG LAIN
Soda bikarbonat untuk gigi putih
Campurkan satu sudu kecil soda bikarbonat dengan ubat gigi anda. Hasilnya, gigi akan lebih putih.
Gincu sebagai pemerah pipi
Jika anda kehabisan pemerah pipi dan belum sempat membelinya, calitkan sedikit gincu pada pipi dan ratakan.
Mandi air sejuk untuk payudara tegang
Ada wanita mempercayai bahawa dengan mandi air sejuk, payudara mereka
akan sentiasa tegang. Bukan sahaja payudara, malah seluruh anggota badan
juga.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment